Cipta persekitaran selamat elak anak lari

Iklan
Ibu bapa perlu mencipta persekitaran rumah yang selamat dan harmoni dengan mengurangkan konflik serta elakkan keganasan rumah tangga - Gambar hiasan 123RF

SHAH ALAM - Pendekatan komprehensif terutama melibatkan tugas ibu bapa diperlukan bagi mengatasi masalah kanak-kanak lari dari rumah.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Sa’ad berkata, peranan mereka dalam komunikasi terbuka perlu dititikberatkan supaya anak-anak selesa untuk bercakap mengenai masalah dihadapi.

Iklan
Iklan

"Berikan juga sokongan emosi secara berterusan. Jangan abaikan tanda-tanda tekanan atau ketidakpuasan hati anak-anak," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, dua kes direkodkan dalam sehari melibatkan kanak-kanak hilang dalam tempoh empat tahun sejak 2020.

Iklan

Statistik itu direkod bagi tahun 2020 hingga 2023 dengan 3,067 kes membabitkan usia lingkungan sehingga 18 tahun dilaporkan di seluruh negara.

Analisis dan kajian Polis Diraja Malaysia mendapati kehilangan kanak-kanak adalah berpunca daripada enam kategori iaitu lari rumah, lari sekolah atau pusat perlindungan, dilarikan penjaga, ditimpa kemalangan atau bencana, menjadi mangsa jenayah serta punca yang tidak diketahui.

Iklan

Mengulas lanjut Fauziah menegaskan, pendidikan dan kesedaran mengenai bahaya lari dari rumah serta risiko yang mungkin mereka hadapi perlu ditekankan kepada anak-anak.

Dalam masa sama ujarnya, ibu bapa juga perlu mencipta persekitaran rumah yang selamat dan harmoni dengan mengurangkan konflik serta elakkan keganasan rumah tangga.

"Tanamkan nilai-nilai moral dan etika yang baik dalam diri anak-anak supaya mereka mempunyai panduan yang betul dalam membuat keputusan.

"Ajarkan juga langkah keselamatan asas seperti menghubungi pihak berkuasa atau orang dewasa yang boleh dipercayai sekiranya mereka dalam bahaya.

"Melalui pendekatan yang holistik ini, kita boleh membantu mengurangkan risiko anak-anak lari dari rumah dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka," ujarnya.