Buat apa skodeng rakyat!
Iklan
BANYAK yang tak setuju langkah kerajaan nak lesenkan semua penyelia platform media sosial. Mereka berpendapat itu langkah mundur ke belakang.
Tindakan itu juga akan beri imej negatif pada negara. Banyak yang berpendapat itu cara nak sekat kebebasan bersuara dan akses maklumat di negara ini.
Awang cuba nak fahamkan kenapa langkah nak melesenkan ini dibuat. Tuk Seri PMX sendiri kata peraturan baharu ini untuk tangani maklumat berbahaya di media sosial. Memang Awang setuju banyak gejala negatif yang merosakkan dalam media sosial. Begitu juga dengan kurangnya adab sopan pengguna media.