Lapan gerai Bazaria Wangsa Maju terbakar

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran lapan gerai di Bazaria Wangsa Maju, di Setapak, di sini, pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan gerai Bazaria Wangsa Maju, di Setapak di sini, musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, M Letchumanan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.02 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju serta bantuan dari BBP Setapak bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Letchumanan berkata, kebakaran melibatkan lapan buah gerai jualan di dalam Bazaria Wangsa Maju.

Iklan
Iklan

"Lapan gerai itu musnah 100 peratus namun kejadian tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.