Imuda kini bergelar Datuk

Iklan
Imuda atau lebih dikenali dengan nama Budin dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara 103 penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri pada tahun ini.

PELAKON komedi, Imuda atau nama sebenarnya A Rahim Muda kini bergelar Datuk selepas menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, pada Selasa.

Imuda atau lebih dikenali dengan nama Budin dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara 103 penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penganugerahan yang diterima adalah suatu penghargaan dan penghormatan kepada seluruh anak seni di negara ini khususnya anak jati Pulau Pinang.

"Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang," katanya ketika ditemui pemberita, pada Selasa.

Imuda bergambar bersama Tun Ahmad Fuzi

Iklan

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu berkata, beliau melihat peluang berkarya untuk anak seni di negeri Pulau Pinang adalah agak luas dengan sokongan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

"Tidak dinafikan di Pulau Pinang juga ada peluang-peluang yang baik untuk anak seni berkarya namun masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

Iklan

"Masih banyak syarikat-syarikat penerbitan perlu diwujudkan di negeri Pulau Pinang bagi membuka ruang kepada pengembangan kesenian terutamanya dalam seni kreatif," katanya.

Imuda yang memulakan kerjayanya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut membintangi beberapa buah filem, antaranya Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som yang diadaptasi daripada karya Lat, Mat Gelap, Imigran dan Jutawan Fakir.