40 maut bot terbalik di Sungai Congo

Iklan
40 orang terbunuh apabila sebuah bot terbalik di Sungai Congo berhampiran Kindu di ibu kota wilayah Maniema, Republik Demokratik Congo (DRC). Foto hiasan

KINSHASA - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh apabila sebuah bot terbalik pada petang Ahad di Sungai Congo berhampiran Kindu di ibu kota wilayah Maniema, Republik Demokratik Congo (DRC).

Xinhua yang memetik media tempatan pada Selasa melaporkan, kejadian melibatkan bot dengan nama 'ABC-BONOBO' yang membawa kira-kira 50 penumpang dan punca nahas masih tidak dapat dipastikan.

Iklan
Iklan

Gabenor wilayah Maniema Mussa Kabwankubi pada Selasa mengumumkan wilayah itu berkabung selama tiga hari dan menyatakan tekadnya untuk menjelaskan tragedi itu. - Bernama

Iklan
Iklan