Dewan Perwakilan AS pertimbang mansuh larangan perjalanan Trump

Iklan
Orang ramai memegang sepanduk menyatakan sokongan mereka terhadap larangan perjalanan ke negara majoriti Islam. - Foto AFP

WASHINGTON - Dewan Perwakilan akan mempertimbangkan undang-undang yang bakal memansuhkan larangan perjalanan ke atas orang Islam yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiga tahun lalu.

Selain itu, undang-undang itu juga akan mengehadkan Presiden daripada mengenakan larangan berdasarkan agama pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

Menurut Speaker, Nancy Pelosi, Dewan Perwakilan akan mempertimbangkan Akta Tiada Larangan yang akan membatalkan perkara itu dan menghalang Presiden mewujudkan sekatan pada masa hadapan melainkan jika pentadbiran menyediakan bukti kukuh untuk membenarkannya melalui rundingan dengan Kongres.

"Demokrat di Dewan Perwakilan akan terus menentang larangan perjalanan Trump. Dalam beberapa minggu lagi, Jawatankuasa Dewan Kehakiman akan menandatangani dan mengemukakan Akta Tiada Larangan untuk melarang diskriminasi agama di dalam sistem imigresen kita.

Iklan

"Ia juga bertujuan mengelakkan sekatan berat sebelah dan ketat," katanya seperti dilaporkan agensi berita al Jazeera.

Dalam satu sidang akhbar diadakan di luar Senat, Senator Demokrat, Chris Coons yang merupakan salah seorang penulis akta tersebut berkata, larangan perjalanan ke atas orang Islam adalah berdasarkan prasangka, populisme dan diskriminasi serta bukannya pertimbangan fakta atau keselamatan.

Iklan

"Usaha kami dalam memperkenalkan undang-undang ini dan cuba menjayakannya adalah untuk menunjukkan bahawa keputusan Mahkamah Agung adalah salah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump tawar pertahanan komprehensif pertama

Pada 27 Januari lalu, larangan perjalanan pertama Trump yang disasarkan kepada beberapa negara majoriti Islam diumumkan tanpa amaran, sehari selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan dan menyebabkan kekecohan di lapangan terbang di seluruh negara selepas ratusan pelancong ditahan dan ribuan visa yang dikeluarkan ke AS dibatalkan. - Agensi