Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi

Iklan
Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.

RANTAU PANJANG - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun yang didakwa mengalami kemurungan ditemukan dalam keadaan bersandar sambil menggunakan kaki pada pembentung perigi oleh kakaknya.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazarudin Mahusain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 5.29 pagi.

JBPM Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayai terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang pada Rabu.

"Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.

Iklan

"Kami menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa pada jam 6.07 pagi sebelum menyerahkannya kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, perigi tersebut terletak di bahagian dapur di dalam rumah.

Iklan

Ujarnya, hasil maklumat ahli keluarga mangsa tinggal sendirian selepas kematian suami pada tahun 2021 dan tidak mempunyai anak.