Dua pemandu maut kereta bertembung

Iklan
Dua pemandu maut dalam kemalangan petang tadi.

KUALA KRAI - Dua pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 95.9, Jalan Kota Bharu - Gua Musang petang tadi.

Mangsa, Mohamad Zariff Izree Mat, 28, beralamat di Kampung Bonggol Kemian, Pasir Mas dan Ng Kein Keong, 44, beralamat di Pandan Jaya, Kuala Lumpur, maut di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua polis daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 petang itu melibatkan kereta jenis Honda City dan Toyota Vios.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, menuju ke Kota Bharu.

Iklan

"Tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta jenis Honda City.

"Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Penumpang kenderaan jenis Honda City dipercayai isteri mangsa, Amani Najihah Nordin, 23, mengalami kecederaan patah kaki kanan dan anak mereka, Nur Auni Delisha Mohamad Zariff Izree, enam bulan tidak cedera," katanya.

Suzaimi berkata, proses bedah siasat mangsa akan dilakukan pada jam 9 malam ini di Hospital Kuala Krai (HKK).

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.