Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh

Iklan
Ismail Haniyeh dilahirkan pada 29 Januari 1962 di kem pelarian Al-Shati di Semenanjung Gaza dan dipilih sebagai ketua biro politik Hamas pada 2017. Foto Reuters

TEHRAN - [DIKEMAS KINI] Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin pasukan pejuang Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran pada Rabu, lapor agensi berita WAFA.

Mahmoud juga menyeru rakyat Palestin"untuk bersatu, bersabar dan tabah menghadapi pendudukan Israel."

Iklan
Iklan

Sementara itu, Reuters melaporkan kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islam Palestin menggesa mogok umum dan demonstrasi besar-besaran selepas pembunuhan Haniyeh.

Ismail yang berusia 62 tahun dilapor terkorban dalam serangan pembunuhan di kediamannya di Tehran.

Iklan

Beliau berada di sana untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Kedua-dua pemimpin itu bergambar bersama dalam gambar rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden Iran pada Selasa.

Iklan

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.

Allahyarham Ismail dilahirkan pada 29 Januari 1962 di kem pelarian Al-Shati di Semenanjung Gaza dan dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas pada 2017.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin pada 2006 selepas Hamas memenangi pilihan raya kebangsaan tetapi dipecat pada tahun berikutnya selepas pertempuran berpuak-puak tercetus antara kumpulan itu dan saingan Fatah. - Awani