Kerajaan negeri perlu serius tangani penerokaan tanah secara haram

Iklan
Al-Sultan Abdullah (depan, lima dari kiri) Tunku Azizah (enam dari kiri) Tengku Hassanal (tujuh dari kiri) dan Putera Ali Ben(empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Mahut dan gajah di PKGK pada Rabu.

TEMERLOH - Kerajaan Pahang diminta mengambil serius dalam menangani isu penerokaan tanah secara haram di negeri ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sudah banyak kerugian yang ditanggung susulan isu penerokaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita (kerajaan) tidak boleh rugi lagi dengan sumber-sumber hasil, yuran, sewa tanah dan sebagainya.

"Sudah berpuluh tahun rugi, dah sampai masa kerajaan perlu celik dan beri fokus dengan masalah ini, kalau tidak masalah lebih besar seperti mana kita lalui sekarang," titah baginda.

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memberikan makanan kepada gajah di pusat terbabit.

Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan berangkat mencemar duli sempena lawatan rasmi adinda Raja Jordan, Putera Ali Ben Al-Hussein ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Lanchang pada Rabu.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan

Al-Sultan Abdullah bertitah, tumpuan isu tersebut bukan di Cameron Highlands sahaja malah meliputi seluruh daerah di Pahang.

"Banyak lagi tanah-tanah yang diterokai secara haram di seluruh daerah, saya tahu di Raub, Bentong, Rompin dan sebagainya," titah baginda.

Sebelum ini, baginda menzahirkan kebimbangan apabila tanah di Pahang mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan disebabkan kurang nilai integriti.

Baginda bertitah, sebagai contoh tanah-tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha kini telah disewakan kepada warga asing.

Al-Sultan Abdullah bersama pengunjung yang hadir di PKGK dekat Lanchang pada Rabu.

Al-Sultan Abdullah bertitah sedemikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.

Sementara itu, baginda turut berpuas hati dengan pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menyelenggara pusat terbabit.

"Alhamdulillah..saya berpuas hati dengan cara Perhilitan menyelenggara taman ini. Saya lihat 25 ekor gajah dalam keadaan tempat pun sama dan banyak perubahan sikit.

"Saya juga dimaklumkan menerima banyak kehadiran pengunjung, 200,000 hingga 250,000 orang setiap tahun," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut berharap pihak kerajaan memberikan peruntukan khas kepada PKGK dan MTCC bagi meningkatkan fasiliti dan kemudahan sejajar dengan destinasi tarikan pelancong.

"Alhamdulillah, kedua-dua tempat ini perlu dijaga sebagai daya tarikan seluruh negara.,malah saya dimaklumkan ada cadangan tambah haiwan seperti seladang, tapir dan sebagainya," titah baginda.