[VIDEO] Sukma: Tanpa acara kanu, Johor masih mampu raih pingat

Iklan

BIARPUN kehilangan lebih 20 pingat emas susulan acara kanu tidak di pertandingan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, namun atlet Johor dilihat masih mampu untuk menggapai sasaran pingat yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Koperasi negeri Johor keyakinan itu berdasarkan kepada semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan setiap atlet ketika menjalani latihan menjelang temasya dwi tahunan itu.

Iklan
Iklan

"Pastinya selaku Exco Belia dan Sukan kita harap kejutan luar biasa di mana kita yakin dengan kemampuan atlet Johor dan malah, Menteri Besar dah letak syarat atlet untuk sasar 60 pingat emas pertama bagi edisi 2024 nanti.

"Sebentar tadi, saya serahkan bendera kepada Ketua Kontinjen diikuti ketua-ketua pasukan sebelum diserahkan pula kepada ketua-ketua pasukan bagi 36 sukan yang disertai atlet negara.

Iklan

"Dalam masa sama, inisiatif berjumlah RM10,000 kepada atlet yang memenangi emas bagi acara individu," katanya pada Rabu.

Sebahagian Kontinjen Sukma Johor

Mohd Hairi berkata demikian setelah menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Johor 2024 di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Iklan

Sementara itu, Ketua Kontinjen Johor Datuk Pandak Ahmad berkata, kesemua atlet akan berusaha sebaik mungkin dalam usaha mengekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut.

"Kita akan sedaya upaya, kita cuba kekalkan kejuaraan dua kali berturut-turut di bumi Kenyalang Sarawak.

"Semangat atlet berkobar-kobar ketika ini... walaupun hilang acara kanu, tapi kita ada 36 acara, bukan kanu sahaja.

"Cuma apa yang penting, kami minta doa restu daripada rakyat Malaysia semoga kami semua mendapat kejayaan," katanya.