Wanita lemas ketika memancing, bot dinaiki bersama suami terbalik

Iklan
Mangsa ditemukan nelayan kira-kira jam 9.21 malam pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

TANJONG KARANG - Hasrat seorang wanita untuk memancing bersama suaminya berakhir tragedi apabila mangsa ditemukan lemas selepas bot dinaiki pasangan itu terbalik dalam kejadian berdekatan jeti Bagan Pasir di sini pada Selasa.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.57 malam.

Iklan
Iklan

"Kejadian melibatkan pasangan suami isteri warga tempatan berumur 40 tahun dan 27 tahun dipercayai memancing menggunakan bot persendirian.

Mangsa ditemukan nelayan kira-kira jam 9.21 malam pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

"Bot dinaiki mereka dipercayai terbalik, seorang mangsa iaitu lelaki berjaya diselamatkan namun isterinya didapati masih hilang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, mangsa kemudiannya ditemukan nelayan kira-kira jam 9.21 malam pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan