Harga petrol, diesel kekal untuk tempoh seminggu

Iklan
Harga runcit bagi RON97, RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 1 Ogos hingga 7 Ogos ini. Foto hiasan

SHAH ALAM - Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 1 Ogos hingga 7 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Iklan
Iklan

"Harga itu berdasarkan kepada penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi

Iklan

memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Sebagai rekod bermula 10 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bahan api diesel yang dijual pada kadar RM3.35 seliter oleh semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung.

Iklan

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilapor berkata, harga diesel tanpa subsidi ini sama ada berubah atau tidak, akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa.