Haniff Hamzah, Ean Nasrun berundur

Iklan
Haniff Hamzah (kiri), Ean Nasrun

PENYAMPAI radio ERA FM, Haniff Hamzah dan Ean Nasrun daripada Hitz FM sudah menamatkan khidmat di stesen radio masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan Astro Radio menerusi kenyataan media pada Rabu yang memaklumkan kedua-dua penyampai itu berbuat demikian sebelum kontrak mereka berakhir.

Iklan
Iklan

"Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio dengan peluang lebih baharu.

"Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.

Iklan

"Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” ujar Astro Radio.

Haniff sebelum ini mengendalikan segmen Petang ERA bersama Ray, manakala Ean merupakan tonggak Kru Pagi HITZ selama lebih sedekad sebelum ini.

Iklan