Risiko konflik Laut China Selatan
Iklan
SHAH ALAM - Malaysia perlu mengambil peluang sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan dengan mempercepatkan rundingan dengan China sebagai rakan dialog ASEAN mengenai kod tatalaku (CoC) untuk mengurangkan risiko konflik di Laut China Selatan.
Pakar Kajian Keselamatan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Bakri Mat berkata, Malaysia mengiktiraf China sebagai rakan dagangan yang penting, namun tindakan-tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan harus dielakkan untuk memastikan kestabilan dan keamanan rantau ini.