Kebun peribadi sara diri
Iklan
DALAM era yang ditandai dengan ketidaktentuan kepanasan global, turun naik ekonomi dan kebimbangan kita kepada nasib alam sekitar, keperluan untuk menyara diri setiap isi rumah dalam negara kita dalam konteks penghasilan makanan tidak pernah menjadi lebih mendesak daripada waktu ini.
Pandemik Covid-19 mendedahkan kelemahan rantaian bekalan global, termasuk rangkaian pengedaran makanan, dan semua ini diakibatkan kebergantungan kita kepada bahan makanan yang diimport dari negara luar.