Dua petugas media Al Jazeera terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Iklan
Rakan sekerja meratapi pemergian wartawan Arab Al-Jazeera, Ismail al-Ghoul yang terbunuh bersama jurukameranya, Rami al-Refee dalam serangan Israel semasa membuat liputan ke atas kem pelarian Al-Shati di Gaza. Foto AFP

BANDARAYA GAZA - Dua petugas media televisyen Qatar Al Jazeera terbunuh dalam serangan udara Israel di sini pada Rabu.

Agensi Anadolu melaporkan penyiar yang berpangkalan di Doha itu menyatakan bahawa wartawan Ismail al-Ghoul dan jurukameranya Rami al-Rifi terkorban dalam serangan yang menyasarkan sebuah kereta berhampiran kawasan Aidia di barat bandar raya itu.

Iklan
Iklan

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, kematian baharu ini menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023, katanya.

Kematian baharu itu menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza mencecah 165 orang sejak 7 Oktober 2023. Foto AFP
Iklan

Dalam satu kenyataan, pejabat media itu menyeru masyarakat antarabangsa dan organisasi media untuk menghalang pendudukan Israel dan mendakwa mereka di mahkamah antarabangsa atas jenayah berterusan, dan mendesak mereka menghentikan jenayah genosid serta menghentikan pembunuhan wartawan Palestin.

Iklan

Sekurang-kurangnya 39,445 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,000 cedera dalam serangan kejam berterusan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. - Bernama-Anadolu