Popov kejutkan Ginting untuk jumpa Zii Jia

Iklan
Toma Junior Popov. Foto AFP

PILIHAN utama Perancis, Toma Junior Popov mencipta kejutan besar dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 apabila melangkah ke pusingan 16 terbaik untuk bertemu pemain profesional Malaysia, Lee Zii Jia, hari ini.

Bermain di hadapan penonton tuan rumah, pemain berusia 25 tahun itu menewaskan pemain nombor sembilan dunia dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 17-21, 21-15 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H yang berlangsung selama 87 minit untuk melangkah ke fasa kalah mati.

Iklan
Iklan

Hanya juara kumpulan yang layak ke pusingan 16, bermakna Popov, yang menewaskan pemain Amerika Syarikat, Howard Shu 21-11, 21-12 semalam akan berdepan denganZii Jia, selaku juara Kumpulan G.

"Penonton sangat hebat terutamanya di akhir set kedua yang membuatkan saya tidak mudah menyerah kalah. Sokongan hebat memberi saya lebih tenaga, sangat penting.

Iklan

"(Berhadapan dengan Zii Jia) Selepas ini saya akan mempersiapkan diri dan pulih sebaik mungkin serta beraksi depan penyokong dengan gaya tersendiri,” katanya.

Berdasarkan rekod, Zii Jia yang pada penampilan sulungnya di Tokyo 2020 terkandas di pusingan 16 terbaik, telah memenangi kesemua empat perlawanan menentang Popov tetapi pemain Perancis itu telah memperbaiki permainannya sejak perlawanan terakhir mereka pada Kejohanan Akhir Jelajah Dunia BWF 2021. - Bernama

Iklan