Cemburu disyaki motif seorang wanita dipukul dua lelaki

Iklan
Naazron (Laporan Sinar Harian pada Rabu.)

KAJANG - Cemburu disyaki menjadi punca dua lelaki memukul seorang wanita menggunakan topi keledar sehingga cedera parah di Batu 9 Cheras di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kedua-dua suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 25 dan 26 tahun.

Iklan
Iklan

"Punca kejadian lebih kepada perselisihan faham dan cemburu," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki itu diberkas kerana dipercayai memukul seorang wanita serta memandu secara berbahaya dengan melanggar beberapa kenderaan lain dalam kejadian itu.

Iklan

Kedua-dua suspek itu ditahan di sekitar kawasan Kajang kira-kira jam 4 pagi pada Rabu.

Kedua-dua suspek itu kemudiannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Iklan

Naazron dilaporkan berkata, pihaknya sebelum itu mengesan dua video tular berkait dengan kejadian yang tersebar di media sosial.

Video berkenaan memaparkan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih dipandu secara gopoh sehingga melanggar beberapa buah kenderaan.