Masjid, surau di Wilayah Persekutuan disaran solat jenazah ghaib

Iklan
Jawi menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan melaksanakan solat jenazah ghaib selepas solat Isyak malam ini. Foto hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan melaksanakan solat jenazah ghaib selepas solat Isyak malam ini.

Solat jenazah ghaib dilaksanakan bagi mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang dilaporkan terbunuh di Teheran pada Rabu.

Iklan
Iklan

Pengarah Jawi, Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pemergian Ismail adalah suatu kehilangan besar dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penindasan rejim Israel.

Kenyataan Jawi dikeluarkan pada Khamis.

"Kami mendoakan semoga ALLAH SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan para anbia, syuhada dan solihin serta beriltizam untuk terus bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin melawan kekejaman zionis," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Teheran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid.

Ismail sebelum itu dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu republik Islam itu Masoud Pezeshkian pada Selasa.

Iklan