Koronavirus: Pekerja ECRL diminta tidak balik Malaysia

Iklan

KUALA LUMPUR - Pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang pulang ke kawasan dijangkiti 2019 novel koronavirus di China sempena cuti Tahun Baru Cina, baru-baru ini, dinasihatkan supaya tidak kembali bekerja di negara ini sehingga keadaan kembali terkawal.

Pemilik projek dan aset ECRL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata ini antara langkah proaktif diambil pihaknya selari Pelan Pengurusan Kecemasan bagi kawalan penyakit berjangkit termasuk koronavirus dan influenza A yang telah disiapsiagakan kontraktor utama China Communications Construction ECRL Sdn Bhd (CCC-ECRL) sebelum cuti perayaan itu bermula lagi.

Iklan
Iklan

Langkah-langkah lain termasuk menjalankan pemeriksaan suhu badan dan kawalan kesihatan terhadap semua pekerja di setiap tapak projek berkenaan, menurut MRL dalam satu kenyataan.

"Semua tindakan yang disarankan di dalam pelan tersebut sudah tersedia ada untuk mengekang penularan wabak koronavirus,” menurut kenyataan itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit ditutup rendah akibat kebimbangan penularan koronavirus

Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan pelabur memilih berada di luar pasaran berikutan meningkatnya kebimbangan terhadap penularan wabak 2019 novel koronavirus di peringkat global.

Iklan

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.0840/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0645/0665 ketika ditutup Jumaat lepas.

Penganalisis berkata ringgit dijangka mencatat permintaan yang lemah susulan penyebaran koronavirus yang menyebabkan pelabur beralih daripada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit kepada mata wang selamat seperti dolar AS dan yen Jepun.

Kebimbangan yang berlanjutan itu menyebabkan harga minyak menyusut 12.4 peratus daripada paras kemuncaknya sebanyak AS$65.20 setong pada Isnin kepada AS$58.05 setong hari ini.

"Kesan itu mencetuskan momentum penurunan yang dijangka berterusan sehingga keadaan itu kembali tenang,” kata beliau.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. - Bernama