Belum sempat buat apa-apa dah kena serbu

Iklan
Lelaki berusia 30 tahun (kanan) ketika ditahan bersama seorang wanita warga Thailand dalam sebuah bilik di hotel itu.

MELAKA - Tindakan dua beradik melanggan pelacur wanita warga Thailand dengan bayaran RM250 sejam terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka di sebuah hotel di Melaka Raya di sini, pada malam Rabu.

Serbuan kira-kira 9.40 malam itu menyebabkan pegawai penguat kuasa JIM terpaksa menunggu lebih 20 minit dan menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik yang terdapat seorang lelaki berusia 30 tahun.

Iklan
Iklan

Individu yang bekerja sebagai mekanik itu berkata, dia mengetahui mengenai perkhidmatan yang ditawarkan wanita itu menerusi aplikasi WeChat menerusi abangnya berusia 31 tahun yang bekerja di tempat sama.

Menurutnya, dia tidak menolak ajakan tersebut sebelum membuat tempahan menggunakan aplikasi yang diberikan.

Iklan

"Saya diberikan pautan aplikasi WhatsApp dan hanya diberitahu lokasi, masa dan bayaran," katanya ketika ditemui pemberita pada serbuan itu.

Mereka yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan, abangnya di bilik berasingan sambil mendakwa mereka tidak sempat 'menggunakan' khidmat wanita warga Thailand itu.

Iklan

Sementara itu Pengarah JIM negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, kedua-dua beradik itu diberikan borang Imm.29 (Saman Kepada Saksi) untuk membantu siasatan.

Menurutnya, seramai 13 warga asing termasuk seorang lelaki Pakistan serta India di tahan di sebuah kedai gunting rambut di Jasin dalam Op Dandan, Op Kutip dan Op Gegar di sekitar Jasin serta Melaka Tengah.

Katanya, seramai 11 lagi ditahan di tiga buah hotel bajet di sekitar Melaka Raya dan daripada jumlah itu, sembilan wanita ditahan masing-masing tiga warga Indonesia, Thailand dan Vietnam berumur antara 25 hingga 37 tahun.

"Mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran termasuk dua wanita yang ditahan bersama dua lelaki tempatan yang juga adik-beradik dalam dua bilik berasingan,” ujarnya.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak mempunyai permit sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan," katanya lagi.

Ujarnya, mereka yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Machap Umboo untuk tindakan lanjut.