The Bos Gaurus sambar khidmat Chantha Bin, Golec

Iklan
Chantha Bin (kanan) dan Golec (kiri) bersama pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah di Pejabat PAFA.

PERAK berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin dan pemain pertahanan kelahiran Australia, Antony Golec untuk memperkuat pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) di laman Facebook rasmi mereka hari ini sekali gus melengkapkan kuota import The Bos Gaurus yang turut dibarisi Leandro Dos Santos Oliveira, Raianderson Da Costa Morais dan Guilherme De Paula.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Chantha Bin menerusi satu hantaran dalam laman Instagramnya berterima kasih kepada Perak yang sudi memberikan peluang kepadanya untuk menyarung jersi skuad The Bos Gaurus.

"Terima kasih Perak FA kerana memberikan peluang menyertai keluarga ini dan kembali ke Malaysia. Saya tidak sabar untuk bermula (berlatih) dan bekerja bersama-sama,” katanya.

Iklan

Chantha Bin bukan nama asing dalam saingan Liga-M apabila pernah beraksi bersama Terengganu FC (TFC) pada 2018 dan memainkan peranan penting membantu pasukan Pantai Timur itu mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2018.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak disambung kontrak oleh TFC musim ini dan dilaporkan menandatangani kontrak bersama kelab berpangkalan di Thailand, Sukhothai FC pada Disember lalu.

Iklan

Bagaimanapun, menurut satu ciapan di Twitter oleh akaun @Thaifootballs, diberitakan majikannya di Thailand itu membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya dan perkara itu membolehkannya disambar segera oleh Perak untuk mengisi slot pemain import kategori ASEAN.