Warga emas terima 9 jahitan dilibas parang

Iklan
Dua lelaki bersenjatakan parang memecah masuk sebuah kediaman melalui tingkap. Gambar kecil: Mangsa terima sembilan jahitan akibat dilibas dengan parang.

TANJUNG MALIM - Seorang warga emas menerima sembilan jahitan di lengan selepas dilibas dengan parang dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung Loke Yew di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 5.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 62 tahun tinggal seorang diri di rumah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa mendengar bunyi salakan anjing yang kuat dan apabila pemeriksaan dibuat mendapati terdapat dua lelaki sedang memecahkan tingkap rumahnya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan terus mengunci pintu bilik.

Iklan
Mohd Hasni

"Apabila suspek menyedari mangsa berada dalam rumah, mereka bertindak memecahkan pintu bilik.

"Berlaku pergelutan sehinggalah seorang daripada suspek melibas parang menyebabkan tangan kanan mangsa cedera," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua suspek sempat melarikan wang tunai RM300, telefon bimbit, jam tangan dan beberapa barangan lain milik mangsa dianggarkan RM1,200.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan," katanya.