MPKj tangkap hampir 1,000 anjing liar tahun lalu

Iklan
MPKj merekodkan tangkapan sebanyak 956 ekor anjing liar dalam tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu. Gambar hiasan

KAJANG - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merekodkan tangkapan sebanyak 956 ekor anjing liar dalam tempoh Januari sehingga Disember pada tahun lalu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu selepas pihaknya menerima 2,855 aduan daripada orang awam mengenai kehadiran haiwan itu di daerah ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi Januari sehingga Julai tahun ini, sebanyak 1,779 aduan mengenai haiwan itu direkodkan di keseluruhan kawasan pentadbiran MPKj

"MPKj memandang serius masalah anjing liar termasuk di kawasan Bandar Seri Putra (BSP), Kajang dan sebanyak 48 aduan diterima di kawasan itu bermula Januari sehingga Julai," kata kenyataan itu.

Iklan
Info grafik aduan dan tangkapan anjing liar di kawasan BSP, Kajang.

Pada 25 Julai lalu, penduduk di Laman 2 BSP, Kajang, mengadu berdepan dengan ancaman angjing liar di perumahan majoritinya terdiri daripada masyarakat Islam.

Laman 2 BSP mempunyai kira-kira 800 unit rumah dengan jumlah penduduk sekitar 4,000 orang dan rata-ratanya kecewa serta mendakwa PBT seolah-olah tidak bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah berkenaan.

Iklan

Mengulas lanjut kenyataan itu memaklumkan, sebanyak lima ekor anjing telah berjaya ditangkap dalam tempoh bermula Januari sehingga Julai tahun ini.

Dalam pada itu, MPKj menjelaskan, pihaknya mengguna pakai kaedah 'loop' atau jerut sebagai kaedah aktif dan juga 'trop' atau perangkap sebagai kaedah pasif di dalam aktiviti tersebut.

Menurut MPKj, walaupun mendapat tentangan dan halangan daripada pihak dan badan bukan kerajaan yang disifatkan menjaga kebajikan haiwan terbiar, MPKj tetap melaksanakan tindakan punitif tersebut.

Tambahnya, anjing liar yang tidak dituntut akan dilupuskan mengikut kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.