Lelaki hilang sejak dua hari lalu ditemui terapung dalam sungai

Iklan
Seorang lelaki dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui meninggal dunia di Sungai Anak Bukit, Kampung Alor Madi di sini pada pagi Khamis. Foto ihsan PDRM

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui meninggal dunia di Sungai Anak Bukit, Kampung Alor Madi di sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Alor Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan telah menemui satu mayat terapung di sungai tersebut pada jam 9.40 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa berusia berusia 34 tahun itu dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke rumah sejak jam 6 petang Selasa sebelum waris tampil membuat laporan polis di Balai Polis Anak Bukit, pada pagi Khamis.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk tujuan bedah siasat pada Khamis. Foto ihsan PDRM

"Anggota polis yang menjalankan siasatan awal di lokasi penemuan mayat mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah mereput," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jelas Siti Nor Salawati, pemeriksaan pada mayat menemui dokumen pengenalan diri pada seluar panjang yang dipakai.

Menurutnya, mayat lelaki yang bekerja sebagai petani itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, di sini untuk dibedah siasat.

Iklan

"Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi kelak," ujarnya.