ADUN Mahkota akan jalani prosedur CT Scan

Iklan
Tian Soon (kanan) ketika melawat Sharifah Azizah di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

KLUANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain akan menjalani prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada Khamis.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, selepas direhatkan ketika dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom dekat sini pada awal pagi Rabu, keadaannya dilaporkan stabil.

Iklan
Iklan

Jelasnya, pemeriksaan serta rawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang itu mengikut rancangan pihak hospital.

"Selepas CT Scan dilakukan baru dapat kenal pasti punca masalah yang menjejaskan kesihatannya.

Iklan

"Saya menyeru untuk kita sama-sama berdoa agar beliau kembali sembuh sepenuhnya seperti sebelum ini," katanya selepas membuat melawat Sharifah Azizah di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada Khamis.

Dalam pada itu, anak Sharifah Azizah, Nadia Abu Bakar turut berharap segala usaha rawatan oleh pihak hospital kepada ibunya berjalan lancar.

Iklan

"Pihak keluarga mengharapkan doa orang ramai agar ibu bertambah sihat dan sembuh daripada segala penyakit dihidapinya," katanya.