KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kuarters guru di Gombak, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata mangsa berusia tiga dan enam tahun yang merupakan adik beradik itu ditemui ibunya yang baru pulang bekerja di kawasan lapang kuarters itu kira-kira 5.30 petang.