Tiga anggota polis rompak rumah di Semenyih ditahan

Iklan
Polis menahan tiga anggota PGA berhubung kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, di Kajang pada Khamis. - Gambar hiasan

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya menahan tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berhubung kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima satu maklumat berhubung kes samun tersebut pada Rabu, jam 12.17 malam.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah melakukan tangkapan ke atas dua suspek lelaki di Batalion 19, PGA Cheras, dekat sini pada Khamis jam 12.20 malam.

Kata beliau, kedua-dua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 32 hingga 35 tahun.

Iklan

Menurut beliau, dua orang suspek direman bermula Khamis sehingga Rabu ini, manakala seorang lagi akan dibuat permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (penalti lebih berat).

Iklan

Tegas beliau, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Katanya, pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.

"Siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi," ujarnya.