Remaja hilang di Seremban ditemukan di rumah kenalan lelaki

Iklan
Pada Rabu, tular di media sosial mengenai kehilangan remaja tingkatan lima itu yang kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat di Seremban.

SEREMBAN - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu ditemukan dalam keadaan selamat di Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja itu, Nur Farah Diana Mohd Erwadi, 17, ditemui di rumah keluarga kenalan lelakinya di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarganya dari Seremban.

"Polis menerima maklumat kehilangan mangsa terbabit pada jam 7.10 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, tular di media sosial mengenai kehilangan remaja tingkatan lima itu dan dia kali terakhir dilihat di kediamannya di Taman College Heights, Sikamat di sini.

Nur Farah Diana yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik disedari hilang oleh ibunya apabila hendak mengejutkannya untuk ke sekolah.

Iklan