[INTERVIU] Kematian yang menghidupkan

Iklan
Syahidnya pemimpin gerakan politik dan bekas Perdana Menteri Palestin dalam satu serangan yang dipercayai didalangi rejim zionis semalam seperti memanjangkan lagi parut luka di tubuh wilayah yang dijajah itu.

Sejak berlakunya peristiwa Taufan al-Aqsa Oktober tahun lalu sehingga kini yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, Gaza dan Tebing Barat terus-menerus dibedil tanpa belas ihsan.

Masihkah ada sinar di hujung terowong buat Palestin? Adakah kematian tokoh utama negara ini akan mengakhiri perjuangan mereka? Atau sebaliknya akan memarakkan lagi semangat mereka menuju kemerdekaan?