GAZA - Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terbunuh dan 551 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 39,480 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 91,128 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).