Kajian perlu dibentang tunjuk bukti lesen automatik B penuh selamat

Iklan
Kajian perlu dilakukan oleh agensi kerajaan untuk membuktikan pemegang lesen B2 layak dan selamat untuk membawa motosikal dengan kapasiti enjin lebih besar. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kajian penuh berserta keputusan mengenai lesen penunggang motosikal B2 kepada B penuh secara automatik perlu dibentangkan secara terbuka bagi membuktikan bahawa cara itu selamat.

Pakar automotif, Hezeri Samsuri berkata, tindakan tersebut menunjukkan kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan pengguna jalan raya lain lebih selamat.

Iklan
Iklan

"Kajian perlu dilakukan oleh agensi kerajaan untuk membuktikan pemegang lesen B2 layak dan selamat untuk membawa motosikal dengan kapasiti enjin lebih besar.

Hezeri

"Sebagai penganalisa industri, saya juga mahu tengok hasil kajian yang dilakukan sebab macam mudah sahaja kajian disiapkan.

Iklan

"Sekiranya kajian yang dilakukan itu terbukti menunjukkan ia selamat, saya pun akan sokong,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada 29 Julai lalu, pengumuman mengenai pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal bagi kelas B2 kepada B penuh secara automatik akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Iklan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan mempunyai keputusan berhubung cadangan tersebut.

Ujarnya, kerajaan perlu membuktikan keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan kajian-kajian profesional.

"Kerajaan akan terbuka pada risiko untuk disaman kerana di seluruh dunia pun, pelesenan kenderaan terutama motosikal diperketatkan bagi mengurangkan risiko kemalangan dengan memastikan pemegang lesen benar-benar layak,” jelasnya.

Tambahnya, kemahiran diperlukan terutama penunggang motosikal berkapasiti tinggi kerana kaedah membawanya berbeza dengan kapasiti rendah.

"Kita bukan bercerita tentang motosikal genre cruiser yang perlahan dan berat, tetapi tentang jentera super sport yang mampu mencecah kelajuan 300 kilometer per jam (km/j) dan memecut dari 0 ke 100 dalam tempoh bawah 3 saat.

"Keadaan ini sungguh berbeza dengan motosikal kapasiti rendah seperti 250cc,” ujarnya.