BAITULMAQDIS - Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Iran pada Rabu akan meningkatkan semangat pejuang dalam kumpulan pergerakan Islam dan membalas dendam ke atas kekejaman Israel, menurut pakar.
Konflik yang tercetus hampir 10 bulan tanpa mencapai gencatan senjata kekal bakal menjerumuskan kedua-dua pihak bertelagah ke dalam perang lebih meluas di rantau ini.
SIAPA AKAN MENGGANTIKAN ISMAIL?
Selepas serangan udara semalaman di ibu negara Iran, Teheran yang dilakukan Israel sehingga mengorbankan Ismail, dua tokoh disebut untuk menggantikan pemimpin Hamas itu.
Pesaing utama ialah ahli biro poltik Hamas, Musa Abu Marzuk, yang pendiriannya dikatakan sama dengan Haniyeh.
Beliau yang dilihat mudah bertolak-ansur apabila telah menasihatkan pergerakan itu menerima negara Palestin pada masa depan berdasarkan perjanjian sempadan pada tahun 1967 yang menyusuli penawanan Israel di wilayah Palestin di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza.
Musa pernah mewakili Hamas dalam beberapa pusingan rundingan yang tidak langsung dengan Israel.
Pada tahun 1990-an, beliau pernah ditangkap semasa menetap di Amerika Syarikat kerana didakwa menjadi orang tengah untuk pembiayaan Hamas.
Musa pernah tinggal di Jordan, Mesir dan Qatar.
Calon kedua adalah Khalil al-Haya, biro politik nombor dua di Gaza yang rapat dengan ketua sayap Hamas, Yahya Sinwar.
Khalil pernah mengetuai ahli Parlimen Hamas di Parlimen selepas beliau memenangi majoriti mutlak dalam Dewan Negara pada tahun 2006.
Malah, beliau adalah pembela penentangan bersenjata tegar dengan Israel dan beberapa ahli keluarganya terkorban semasa serangan udara Israel pada tahun 2007.
Beberapa pemerhati juga berkata, Ketua Hamas sebelum ini, Khaled Meshaal boleh kembali mengetuai pergerakan itu.
APAKAH KESAN TERHADAP HAMAS?
Seorang pegawai Hamas yang enggan dikenali memberitahu AFP bahawa pergerakan itu akan 'mengatasi krisis ini'
Sebelum ini Israel telah membunuh pemimpin besar seperti ketua pergerakan dan penaung Hamas, Sheikh Ahmad Yassin pada tahun 2004 dan tindakan itu telah menjadikan kumpulan itu semakin kuat.
Pengarah Program Timur Tengah di Kumpulan Krisis Antarabangsa, Joost Hiltermann berkata, secara umumnya Hamas tidak akan terjejas kerana mereka mempunyai ramai calon pemimpin.
Tetapi, seorang penyelidik di Majlis Perhubungan Luar Eropah, Hugh Lovatt berkata, kejadian pembunuhan Haniyeh akan menjadi 'peristiwa sangat traumatik' kepada kumpulan itu.
"Pembunuhan Haniyeh akan memberi semangat kepada penyokong tegar dalam pergerakan itu," katanya.
PEMBUNUHAN ISMAIL CETUS PENINGKATAN KONFLIK SERANTAU
Peperangan di Gaza telah telah menarik ramai pihak yang disokong Iran untuk menentang Israel. Ia termasuk dalam pertempuran di sempadan utara Israel dan Lubnan baru-baru ini.
Pembunuhan Ismail di Teheran berlaku selepas Iran mengaku membunuh seorang komander Hizbullah di Beirut pada Selasa lalu yang mana beliau dipersalahkan bertanggungjawab mengetuai serangan roket yang membunuh 12 kanak-kanak remaja Israel di bandar Druze, Bukit Golan.
Mayatnya ditemui pada Rabu di bawah runtuhan bangunan yang menjadi sasaran serangan udara Israel.
Selepas serangan yang mengorbankan Ismail, sayap bersenjata Hamas memberi amaran mengenai 'akibat yang besar" bagi seluruh wilayah diduduki Israel.
Lina Khatib dari Chatham House turut memberi amaran bahawa, 'setiap peningkatan konflik meningkatkan risiko yang tidak dapat terkawal'.
Bagaimananapun, penganalisis berkata ia bukan kepentingan Iran untuk terlibat dalam perang dengan Israel.
Malah, Hiltermann berkata Iran akan 'melepaskan sekutunya jika kepentingan mereka diserang Israel dan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini'. - AFP