Pentas uji kelasakan mental, fizikal

Iklan
Antara peserta yang beraksi dalam kategori senior Kenanga Man of Steel Triathlon edisi pertama tahun lalu

EDISI kedua Kenanga Man of Steel Triathlon 163 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini menarik penyertaan 724 peserta termasuk 79 peserta dari luar negara.

Pengarah perlumbaan, Eugene Chan berkata, edisi kedua Kenanga Man of Steel Triathlon 163 menjanjikan pengalaman menarik kepada setiap peserta.

Iklan
Iklan

"Bagi mereka yang mempunyai perancangan beraksi di Ironman, inilah masa paling tepat untuk mencuba saingan ini sebelum beraksi di saingan lebih mencabar.

"Kami sangat gembira dengan jumlah penyertaan pada tahun ini apabila seramai 724 peserta sudah mengesahkan penyertaan di mana 79 daripadanya adalah peserta luar negara.

Iklan
Berenang antara cabaran diharungi peserta Kenanga Man of Steel Triathlon edisi pertama tahun lalu.

"Ia adalah pertambahan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah penyertaan pada edisi pertama tahun lalu.

Sebagai rekod, Kenanga Man of Steel Triathlon 163 merupakan cabaran menawarkan keseimbangan jurang jarak antara Sukan Olimpik serta Ironman bagi tiga disiplin sukan iaitu berenang, berbasikal dan berlari.

Iklan

Untuk kategori utama Man of Steel, ia menawarkan cabaran jarak berenang 3 kilometer (km), berbasikal sejauh 130km manakala bagi acara larian pula adalah sejauh 30km.

Ia diharap dapat memberikan kepuasan maksimum kepada peserta tempatan serta antarabangsa, yang selama ini mungkin menyimpan impian untuk cuba mencabar diri masing-masing, sama seperti atlet profesional yang beraksi di Olimpik dan Ironman.

Selain Man of Steel, terdapat dua lagi kategori yang menawarkan cabaran lebih santai iaitu Aquathlon dan Sprint Triathlon di mana kedua-dua kategori itu turut mendapat sambutan menggalakkan.