Penyelidik pilih 30 ubat sedia ada rawat koronavirus

Iklan
Projek pembinaan hospital baharu yang dirancang untuk dilakukan dalam 10 hari untuk merawat pesakit dijangkiti koronavirus di Wuhan sedang dalam pembinaan. - Foto AFP

BEIJING - Penyelidik China memilih 30 ubat sedia ada, produk semula jadi aktif biologi dan perubatan China yang mungkin mempunyai kesan terapeutik terhadap koronavirus tersebut yang sedang diuji keberkesanannya.

Menurut Akademi Sains China (CAS) pasukan bersama saintis dari Shanghai Institute of Materia Medica di bawah CAS dan ShanghaiTech University kini berusaha mencari ubat untuk mencegah penularan 2019-nCoV yang kini merebak di empat benua.

Iklan
Iklan

Penyelidik dari ShanghaiTech University diketuai Rao Zihe dan Yang Haitao turut mengenal pasti struktur kristal resolusi tinggi protease viral utama (Mpro) pada koronavirus tersebut.

Difahamkan, Mpro mengawal aktiviti kompleks replikasi koronavirus tersebut yang merupakan sasaran menarik untuk terapi terbabit.

Iklan

Berdasarkan kajian terhadap Mpro 2019-nCoV tersebut, pasukan penyelidik terbabit turut menyaring ubat-ubatan dan pangkalan data untuk sebatian berpotensi tinggi daripada tumbuhan herba dan memilih 30 ubat melalui gabungan pemeriksaan maya dan ujian enzimologi.

Antara ubat yang dipilih termasuk 12 anti-HIV seperti Indinavir, Saquinavir, Lopinavir, Carfilzomib dan ritonavir serta dua ubat antipernafasan, antiskizofrenia dan immunosuppressant.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: China berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan

Beberapa ubatan tradisional Cina yang mengandungi komponen efektif terhadap 2019-nCoV seperti Polygonum Cuspidatum juga berada dalam senarai tersebut.

Jelas CAS, pasukan terbabit akan melakukan ujian lanjut terhadap kesemua ubat-ubatan tersebut untuk memberikan garis panduan dan kajian klinikal serta rawatan terhadap koronavirus itu. - Agensi