Gaya santai penembak Turkiye di Olimpik Paris jadi perhatian

Iklan
Gaya santai Yusuf Dikec (kiri) ketika beraksi dalam acara pistol udara 10m di Olimpik Paris. Foto Agensi

ATLET menembak Turkiye, Yusuf Dikec, menjadi tular di media sosial kerana sikapnya yang kelihatan santai ketika menembak untuk meraih pingat perak di Sukan Olimpik 2024.

Gambar yang banyak dikongsi menunjukkan Dikec menembak dalam baju-T dengan satu tangan di dalam poket, memakai sepasang cermin mata biasa, dan ekspresi wajah yang tenang.

Iklan
Iklan

Dia dibandingkan dengan seorang individu biasa yang bersaing di Sukan Olimpik, atau bahkan seperti seorang pembunuh upahan.

Walaupun begitu, Yusuf yang berusia 51 tahun bukanlah muka baharu kerana telah bertanding di setiap Sukan Olimpik Musim Panas sejak 2008.

Iklan

Beberapa meme menunjukkan perbezaan antara Dikec dan lawannya dari Serbia, Damir Mikec, yang memakai penutup mata pada satu mata, lensa pada mata yang lain dan sepasang pelindung telinga yang besar.

-------------------------------------------------

Iklan

H: Adakah Yusuf memenangi pingat?

Ya dan dia mencipta sejarah.

Yusuf dan Sevval Ilayda Tarhan memenangi pingat perak dalam acara berpasukan campuran 10 meter pistol udara pada Selasa.

Ia merupakan pingat pertama Turkiye dalam acara menembak di Sukan Olimpik.

Mikec dan Zorana Arunovic memenangi pingat emas untuk Serbia.

Pingat gangsa dimenangi oleh Manu Bhaker dan Sarabjot Singh dari India.

Berbeza dengan Yusuf, rakan sepasukannya Sevval Ilayda bertanding dengan memakai pelindung telinga yang besar dan visor, serta tocang rambut berwarna merah dan putih seperti bendera Turkiye.

Dia juga menembak dengan satu tangan di dalam poketnya.

Yusuf menduduki tempat ke-13 dalam acara individu dan kini telah selesai bertanding di Sukan Olimpik Paris.

Namun, dia sudah menantikan Sukan Olimpik seterusnya pada tahun 2028.

"Saya berharap pada Sukan di Los Angeles nanti untuk memenangi pingat emas," katanya.

-----------------------------------------

H: Apa pendapatnya selepas dia menjadi tular?

Yusuf nampaknya menerima tren tersebut dengan baik, dengan menyiarkan semula kompilasi video meme berbahasa Turkiye mengenai dirinya di halaman Instagramnya.

Acara menembak itu diadakan sekitar tiga jam perjalanan ke selatan Paris.

Yusuf dan Sevval Ilayda melakukan perjalanan ke ibu negara Perancis pada hari Rabu, di mana mereka disambut dengan sorakan di Champions Park, sebuah tempat terbuka di mana para pemenang pingat meraikan kejayaan bersama peminat.

----------------------------------------------

H: Mengapa Yusuf Dikec tidak memakai lebih banyak peralatan?

Penembak mempunyai sedikit kebebasan dalam memilih pakaian untuk pertandingan.

Ramai penembak di lapangan Olimpik di Chateauroux, tengah Perancis, memilih untuk memakai visor untuk mengurangkan silau lampu atau penutup mata pada satu mata bagi membantu fokus pada mata yang melihat ke arah sasaran.

Namun, tidak sepenuhnya benar bahawa Yusuf tidak memakai sebarang peralatan menembak.

Dia memakai penyumbat telinga berwarna kuning untuk menghalang gangguan ketika menembak dalam perlawanan akhir cuma ia tidak kelihatan dari sudut gambar yang menjadi tular.

Sama seperti Yusuf, penembak rifle dari China, Liu Yukun, memenangi pingat emas pada hari Khamis dengan memakai penyumbat telinga tetapi tanpa penutup mata atau visor.