Transformasi bank digital perlu dipercepat, diberi laluan pantas - PM

Iklan
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

PETALING JAYA - Transformasi bank digital di Malaysia perlu dipercepatkan dan diberi laluan pantas supaya dapat bergerak maju dan tidak ketinggalan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia bukan antara yang terawal memperkenalkan bank digital di rantau ini dan agak ketinggalan dalam beberapa aspek.

Iklan
Iklan

Anwar turut menekankan kerajaan, melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Digital memberikan sokongan supaya bank digital tidak lagi terhambat dan terhalang dengan peraturan dan proses yang lama.

"Saya yakin seluruh keluarga GX Bank ini akan menyahut cabaran ini dengan berani,” katanya pada Majlis Peluncuran Ibu Pejabat GXBank dan Pelancaran Pusat Kecemerlangan GXBank di sini pada Jumaat. - Bernama

Iklan
Iklan