Berpantang maut sebelum ajal

Iklan
Keadaan treler dipandu mangsa yang remuk teruk di Kilometer 16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Kuala Selangor di sini pada Jumaat.

KUALA SELANGOR - Berpantang maut sebelum ajal.

Itu detik ngeri dihadapi seorang pemandu treler yang nyaris maut apabila kepala kenderaan dipandunya remuk akibat merempuh sebuah lori lain di Kilometer 16 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mangsa berusia lingkungan 40-an terselamat apabila hanya cedera pada bahagian tangan dan kaki.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada jam 9.35 pagi.

Iklan

"Siasatan awal mendapati treler dipandu mangsa dalam perjalanan dari Ijok menuju ke Kuala Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kejadian berlaku apabila treler yang tiba di lampu isyarat mengalami masalah brek hingga menyebabkan mangsa melanggar belakang sebuah lori lain.

Iklan

Beliau memberitahu, pemandu treler itu bagaimanapun terselamat dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujar beliau.

Terdahulu, kemalangan itu tular di media sosial memaparkan keadaan treler yang remuk teruk di jalan tersebut.