GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesyorkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan beberapa jalan raya utama di pusat bandar sini semasa waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader mencadangkan agar kenderaan berat dilarang memasuki jalan-jalan utama ke pusat bandar di negeri ini dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.