Hijack 1971 inspirasi kisah benar

Iklan
Filem Hijack 1971 diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku pada Januari 1971 melibatkan sebuah pesawat Korea Selatan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sokcho ke Lapangan Terbang Gimpo.

TAHUN 1968 sehingga 1972 menyaksikan kes rampasan pesawat tertinggi di seluruh dunia melibatkan 325 insiden menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Insiden itu mencetuskan idea buat syarikat produksi Perfect Storm Film dan Channel Plus untuk menghasilkan sebuah filem diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku pada Januari 1971 melibatkan sebuah pesawat Korea Selatan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sokcho ke Lapangan Terbang Gimpo.

Iklan
Iklan
Dendam membuatkan Yong-dae (Jin-goo) nekad ke Korea Utara bersama sebuah pesawat.

Filem arahan Kim Seong-han dan skrip oleh Kim Kyung-chan itu menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Ha Jung-woo, Sung Dong-il, Yeo Jin-goo dan Chae Soo-bin selaku teraju utama.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan Pegawai Pertama Tae-in (Jung-woo) dan Kapten Gyu-sik (Dong-il) mengendalikan penerbangan dari Sokcho ke Gimpo, bersama pramugari Ok-soon (Soo-bin).

Iklan

Namun ketika pesawat berada di langit Hongcheon, seorang pemuda nekad meletupkan bom buatan sendiri sehingga mencetuskan huru-hara di dalam kabin.

Dalam keadaan huru-hara, Tae-in cuba untuk menyelamatkan seluruh pesawat.

Arahan pemuda bernama Yong-dae (Jin-goo) itu cuma satu, pesawat perlu dilencongkan ke Korea Utara!

Iklan

Perjalanan filem ini tidak sukar difahami kerana Hijack 1971 itu diilhamkan daripada peristiwa kehidupan sebenar dan dibayangkan semula dengan penceritaan yang kreatif, mempamerkan aksi sengit perjuangan individu dalam keadaan tegang.

Bagaimanapun kekurangan terbesar filem ini adalah perkembangan watak yang tidak cukup kuat.

Banyak watak yang boleh dikembangkan dengan lebih baik, tetapi dibiarkan tergantung.

Sinergi dua pelakon ini secara tidak langsung menjadi pengerak utama Hijack 1971.

Contohnya, hubungan antara Jung-woo dan pembantu juruterbang, Seo Min-soo sehingga membuatkan Jung-woo memilih untuk 'melepaskan' pesawat itu ke Korea Utara.

Perkara itu membuatkan penonton mungkin keliru dengan watak-watak awal yang terlibat dan kurang menyuntik emosi lebih mendalam.

Namun lakonan mantap teraju utama terutamanya Jung-woo dan Jin-goo menjadi penyelamat utama sehingga boleh membuatkan penonton lupa kekurangan kecil yang ada dalam filem ini.

Sinergi dua pelakon ini secara tidak langsung menjadi penggerak utama Hijack 1971 kerana dalam ketegangan dan debaran, pada akhirnya hati penonton akan dijentik dengan babak penuh emosi.

Dalam keadaan cedera, kedua-dua individu penting ini perlu membuat keputusan penting untuk menyelamatkan penumpang.

Penulis tidak mahu sentuh mengenai imej janaan komputer (CGI) kerana tidak adil untuk membandingkan dengan filem Top Gun: Maverick, tetapi rasanya ada filem Korea lain yang lebih kemas sentuhannya.

Keadaan mula huru-hara selepas dua biji bom buatan sendiri meletup di dalam pesawat.

Secara keseluruhan, Hijack 1971 masih sebuah naskhah yang berbaloi untuk ditonton dan jangan lupa untuk sediakan tisu!

HIJACK 1971

PENGARAH: Kim Sung-han

PELAKON: Ha Jung-woo, Yeo Jin-goo, Sung Dong-il, Chae Soo-bin

GENRE: Aksi / Jenayah / Thriller

DURASI: 1 Jam 40 Minit

KLASIFIKASI: 13

TAYANGAN: 1 Ogos 2024

BAHASA: Korea

BINTANG: 3.5 / 5