Bekas ADUN Sungai Puyu dirawat di hospital akibat serangan jantung
Iklan
Datuk Seri Phee Boon Poh
BUTTERWORTH - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Datuk Seri Phee Boon Poh sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu disampaikan kepadanya oleh anak perempuannya, ADUN Sungai Puyu sekarang, Phee Syn Tze.
Iklan
Iklan
"Saya terima mesej yang memaklumkan kira-kira 11.45 malam semalam, Boon Poh terjatuh dan pada masa itu sebabnya tidak diketahui lalu terus dihantar ke hospital.
"Pakar-pakar di hospital sedang berusaha mencari sebab berlaku serangan jantung. Saya juga dimaklumkan beliau telah sedar pada pagi ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2024 di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya dekat sini pada Jumaat.
Iklan
Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang meminta ahli parti memberi ruang kepada Phee memandangkan kini bukan masa yang sesuai untuk melawat beliau, selain terus mendoakan kesihatan ahli politik veteran parti berusia 72 tahun itu.
Boon Poh merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang dan memegang jawatan ADUN selama empat penggal sebelum bersara pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>