'Beri keutamaan rakyat tempatan bekerja di stesen minyak'

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Gunaraj

SHAH ALAM - Syarikat minyak dan gas terkemuka, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diminta memberi keutamaan kepada rakyat tempatan bekerja di stesen minyak dan kedai mesra bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, Petronas perlu lebih aktif membantu negara selain berusaha mengurangkan kadar pengangguran yang kini berada pada tahap 3.3 peratus.

Iklan
Iklan

"Tidak ada alasan mengapa masih ramai pekerja warga asing bekerja di lebih 1,000 stesen minyak Petronas dan kedai mesra, sedangkan jawatan-jawatan ini boleh diisi oleh rakyat tempatan terutamanya golongan belia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Gunaraj memberitahu, Petronas seharusnya mengambil langkah proaktif untuk memahami dan menangani isu kekurangan pekerja tempatan dengan lebih mendalam.

Iklan

"Jika kurangnya sambutan daripada rakyat tempatan adalah disebabkan oleh faktor gaji, maka Petronas perlu menilai semula skim gaji mereka.

"Jika masalah berkaitan dengan latihan, maka inisiatif perlu diambil untuk melatih dan menarik minat warga tempatan," tambah beliau.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, Petronas diminta menunjukkan komitmen lebih besar dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Jelas beliau, Petronas juga disarankan untuk mengadakan sesi perbincangan terbuka dengan pihak berkepentingan termasuk wakil-wakil masyarakat dan pencari kerja tempatan bagi memahami cabaran dihadapi oleh mereka dan mencari penyelesaian yang sesuai.

"Saya percaya wakil rakyat termasuk peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan juga Parlimen akan mengalu-alukan sebarang kerjasama dari Petronas jika entiti berkenaan serius dalam membuka peluang kepada sumber tenaga tempatan.

"Ini bukan sahaja memperbaiki hubungan Petronas dengan komuniti tempatan, tetapi juga akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai keperluan dan kehendak tenaga kerja tempatan," ujar beliau.