SEPANG - Rondaan cegah jenayah kemalangan dan penguatkuasaan di Lebuhraya Elite dekar sini membongkar kegiatan pasangan suami isteri membawa kira-kira 265 kilogram (kg) daun ketum pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, rondaan sepasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi itu bertindak menahan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 36 dan 38 tahun.