KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada Jumaat.
Perkara itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di X hari ini.
Iklan
Iklan
"Mendapat khabar duka akan pemergian ADUN Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Wanita UMNO Kluang itu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat mengalami sesak nafas, pada awal pagi Selasa.
Pada Pilihan Raya Negeri 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).
Anak jati Kluang itu juga pernah menyandang kerusi DUN Penawar pada 2018 hingga 2022. - Bernama