'Sampaikan salam buat syuhada Gaza' - Isteri Ismail Haniyeh

Iklan
Jenazah Allahyarham pemimpin berusia 62 tahun itu dijadual dikebumikan di ibu negara Qatar. Foto Reuters

KUALA LUMPUR - Jenazah pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh pada 31 Julai lalu di Tehran dilaporkan telah tiba di Doha, Qatar pada Khamis waktu tempatan.

Jenazah Allahyarham pemimpin berusia 62 tahun itu dijadual dikebumikan di ibu negara Qatar, hari ini.

Iklan
Iklan

Hadir menyambut ketibaan jenazah Ismail di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha ialah anggota Hamas termasuk bekas ketua kumpulan itu, Khaled Meshaal.

Sementara itu dalam video berasingan yang dikongsi oleh Reuters, isteri Allahyarham, Amal Haniyeh dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memeluk keranda Allahyarham suaminya itu.

Iklan

"Kamu adalah sandaranku di dunia dan akhirat. Kamulah kekasihku...

"Sampaikan salam kepada semua syuhada Gaza... ucapkan salam kepada para pemimpin, kepada semua syuhada Gaza dan semua umat Islam. Kekasihku, semoga Allah memudahkan urusan mu di dunia dan akhirat," katanya memetik laporan tersebut.

Iklan

Ismail dibunuh pada awal pagi Rabu lalu dipercayai akibat letupan bom di rumah penginapannya di Tehran.

Pegawai Iran dan Hamas mendakwa Israel bertanggungjawab atas pembunuhan tersebut. - Awani