Gaduh rebut parkir, polis tahan dua wanita

Iklan
Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan insiden pergaduhan dipercayai kerana berebut petak letak kenderaan di sebuah pasar raya di Kuala Batas. - Gambar hiasan

KEPALA BATAS - Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan insiden pergaduhan dipercayai kerana berebut petak letak kenderaan di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, masing-masing yang berusia 25 dan 38 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah itu semalam.

Iklan
Iklan

"Pihak polis menerima laporan daripada kedua-dua wanita itu pada Isnin dan Selasa lepas. Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan perasaan tidak berpuas hati ketika merebut tempat parkir kenderaan.

Beliau berkata, polis turut menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian mewujudkan apa-apa komen dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya atau mengugut atau mengganggu orang lain.

Iklan

Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Nursyahirah Sarahani melalui talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya. - Bernama

Iklan