Seorang lagi suspek kes rompak rumah di Semenyih serah diri

Iklan
Polis mengesahkan pihaknya menahan tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berhubung kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, di sini pada Khamis.

KAJANG - Polis mengesahkan seorang lagi suspek kes samun di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir Semenyih, di sini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan orang awam direman bersama seorang lagi suspek iaitu penjawat awam di Mahkamah Kajang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga Khamis.

"Setakat ini, seramai empat orang suspek disahkan ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta hadir ke IPD Kajang untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai terlibat dalam satu kes samun sebuah rumah pada Rabu.

Iklan

Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang berjaya melakukan tangkapan ke atas dua suspek lelaki di Batalion 19, PGA Cheras, dekat sini pada Khamis jam 12.20 tengah malam.

Sementara seorang lagi suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun menyerah diri pada jam 1 tengah hari Khamis di IPD Kajang.