Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri

Iklan
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 10 malam ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri di seluruh negara.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 10 malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Sembilan negeri berkenaan adalah Kedah di kawasan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Jeli, Kuala Krai serta Gua Musang di Kelantan.

Di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan dijangka di Hulu Langat, Selangor dan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah serta Jempol di Negeri Sembilan.

Sarawak pula melibatkan daerah Miri iaitu di Beluru, Miri dan Marudi serta Limbang.

Iklan

Sabah merangkumi beberapa kawasan termasuk di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau); Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.