Perak FC sahkan peletakan jawatan Bobie Farid

Iklan
Kenyataan Perak FC

PERAK FC mengesahkan peletakan jawatan Bobie Farid Shamsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara Kelab Bola Sepak Perak.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, Bobie Farid telah memikul tanggungjawab berat dengan penuh ikhlas tanpa gaji atau sebarang imbuhan dalam usahanya membantu XOX mengendalikan Perak FC sejak 2022.

Iklan
Iklan

"Malangnya, disebabkan beberapa perkara, ketika ini hasilnya tidak capai seperti yang kita semua inginkan.

"Sebagai entiti swasta yang tidak pernah terlibat dalam bola sepak, kami di pihak pengurusan pastinya telah melakukan banyak kesilapan.

Iklan

"Bagaimanapun, kami sentiasa percaya setiap kelemahan ini mampu diperbaiki dan ini merupakan keluk pembelajaran untuk kami," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

"Kami memulakan musim Liga Malaysia 2024-2025 dengan penuh optimistik malah tiada siapa yang menjangkakan apa yang kita lalui sekarang.

Iklan

"Kelab bola sepak ini adalah aset awam. Walaupun tanggungjawab terletak kepada kami sebagai pemegang saham dan pemilik, kami akan terus memperbaiki kelemahan untuk baki musim ini.

"Keutamaan ketika ini adalah memastikan kelab kekal stabil," jelasnya.

Abdul Azim berkata, pihak pengurusan juga telah mengambil keputusan bahawa tiada lagi sebarang perubahan dalam struktur pentadbiran kelab.

"Fokus kami ketika ini adalah untuk memastikan Perak FC menamatkan Liga Super musim ini di kedudukan terbaik serta berusaha untuk layak sejauh mungkin di Piala Malaysia nanti.

"Perak FC telah wujud selama lebih 100 tahun. Sebagai pemilik kelab, kami tidak akan membiarkan prestasi si buruk ketika ini menjejaskan sejarah dan kejayaan yang pernah dicapai kelab pada masa lalu," katanya.

Sinar Harian melaporkan Bobie Farid membiat kenyataan mengejutkan apabila mengumumkan peletakan jawatan sesudah kekalahan Perak FC 1-2 ditangan Kuching City FC, Rabu lalu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi Facebook peribadinya Ariesham yang turut meluahkan kekecewaan terhadap sukan bola sepak.

Perak FC sedang bergelut dengan masalah prestasi apabila berada di kedudukan kesembilan liga selepas tujuh perlawanan hasil dua kemenangan dan lima kekalahan.